Petai Lane daya tarikan pelancong ke Bidor

0

Bidor adalah sebuah pekan yang terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, Perak.

Di Bidor amat terkenal dengan produk hasil tani penduduk tempatan seperti petai, buah jambu batu, jambu air dan pelbagi buah-buahan tempatan yang lain.

Anda suka makan petai?
Petai merupakan salah satu raja ulaman yang cukup terkenal di kalangan warga Malaysia.

Sesetengah di antara kita ada yang memang pantang nampak petai, terus terbuka selera walaupun hanya sekadar cicah dengan budu sambal belacan atau tempoyak.

Makan pula dengan nasi panas-panas,mahu bertambah nasi dua tiga kali ya.

Ulaman petai yang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan akan menjadikan seseorang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

Haaa, betapa besarnya khasiat petai bagi kesihatan.

Kali ini kami sempat singgah ke hub penjualan petai dan buah-buahan di Petai Lane yang terletak di Jalan Pasar, Bidor.

Petai Lane yang dahulunya dikenali sebagai Lorong Petai Bidor kini dalam proses pengubahsuaian merupakan daya tarikan baharu buat pengunjung dan penduduk di Pekan Bidor yang suka berswafoto, membeli produk hasil tani seperti petai juga buah-buahan tempatan sejak berpuluh tahun dahulu lagi.

Lorong yang sebelumnya hanyalah lorong kaki lima merupakan laluan utama masyarakat ke pasar kini telah dihias cantik dengan lukisan mural bertemakan petai sebagai simbolik kepada identiti Pekan Bidor.

Dilaporkan, sebelum ini gerai-gerai jualan disini hanya beralaskan surat khabar dan peniaga pula akan melonggokkan barangan jualan di atas jalan sahaja.

Kerajaan negeri bawah seliaan Majlis Daerah Tapah mengambil inisiatif menaik taraf dengan membuat transformasi dengan menyediakan kiosk-kiosk jualan berbumbung, dilengkapi pula kipas angin besar yang nyata lebih memberi keselesaan ketika proses jual beli dilakukan.

Sehingga hari ini, Petai Lane ditutup sementara berikutan kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dilakukan bertujuan meningkatkan kemudahan sekaligus memberi keselesaan terhadap penjual setempat mahupun para pengunjung.

Produk-produk pertanian yang dijual disini juga dijamin kesegarannya dan harganya pula berpatutan.

Sementara itu, Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang sentiasa memantau rapat petani-petani dalam menyalurkan bantuan seperti khidmat nasihat agar hasil tani yang dijual berkualiti tinggi dan selamat untuk dimakan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply