Pesta liar dalam balai : Ketua Polis Balai disahkan positif dadah

0

Polis mengesahkan seorang daripada anggota yang didapati positif dadah ketika ditahan berhibur di sebuah balai polis merupakan Ketua Polis Balai (OCS) berkenaan.

Lapor media, Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad berkata, OCS berkenaan akan ditahan kerja sementara waktu sementara siasatan dijalankan selain menunggu laporan kimia.

Kata beliau, tiga lagi anggota bagaimanapun masih bertugas setakat ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya kita dapati terdapat kesalahan jenayah dilakukan oleh mereka, tindakan disiplin yang bersesuaian akan dikenakan terhadap mereka termasuk buang kerja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang daripada anggota polis yang ditahan ketika di sebuah balai polis di Kajang, Selangor didapati positif dadah.

Hasil ujian saringan awal dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam serbuan itu mendapati, seorang daripda mereka positif dadah jenis THC.

Pada 20 Julai lalu, lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis ditahan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, ketua balai polis yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Hasil serbuan juga, polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply