Pertemuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai alternatif Konvensyen UMNO – Ahmad Maslan

0

Pertemuan Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Malaysia bersama Presiden sebagai alternatif kepada Konvensyen UMNO sekaligus untuk mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas mahupun diputuskan.

Amalan ini lazim dilakukan susulan 189 Bahagian termasuk jumlah yang sama bagi sayap-sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO telah berjaya menyelesaikan Mesyuarat Perwakilan masing-masing sebagaimana tuntutan Perlembagaan (kecuali Tanah Merah yang digantung dan Tuaran bersidang minggu ini).

Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan berkata Konvensyen di peringkat Negeri-negeri dan Kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap USUI-USUI Bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

“Memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dijadikan alternatif kepada Konvensyen,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply