Persidangan Dewan Rakyat dalam normal baharu

0

Persidangan Dewan Rakyat akan bersidang selama 25 hari bermula pada 13 Julai sehingga 27 Ogos.

Manakala bagi Dewan Negara pula akan bersidang dari 2 September sehingga 23 September selama 11 hari.

Menteri kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga telah meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen setelah mengambil kira norma baharu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Menurut beliau lagi, antara SOP yang dipersetujui adalah pemakaian pelitup muka, penyediaan hand sanitizer serta jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan Parlimen berjalan.

Selain daripada itu, kesemua yang terlibat termasuklah Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Ahli Parlimen dan pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di Bangunan Parlimen,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply