Persidangan AARDO ke 20 platform perbincangan bantu masyarakat luar bandar pasca COVID-19

0

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Malaysia mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, aspek pembangunan ekonomi luar bandar menjadi elemen penting dalam pemulihan masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Ini termasuk pengenalan dan latihan kepada penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian, pemerkasaan latihan dalam ekonomi
digital, kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan
wanita luar bandar.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena Persidangan African-Asian Rural Development Organization (The 20th Conference of AARDO) secara dalam talian hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Persidangan tahunan di peringkat Menteri ini diadakan bagi membincangkan isu-isu penbangunan luar bandar dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO daripada benua Afrika dan Asia.

Pada persidangan kali ini, Malaysia turut menyerahkan jawatan Pengerusi AARDO kepada Kerajaan Ghana selepas menerajui pertubuhan itu selama 3 tahun mulai 2018 sehingga 2021.

Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Pelan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan oleh Menteri ketika itu, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika mempengerusikan Persidangan AARDO Ke-19 pada tahun 2018 yang telah diadakan di Kuala Lumpur.

Selain itu, seramai 2,700 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti pembangunan sumber manusia seperti kursus dan latihan, perkongsian
pakar dan juga khidmat nasihat.

AARDO juga turut memperkenalkan latihan secara atas talian selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

“AARDO boleh memainkan peranan lebih aktif untuk membantu negara negara ahli dalam usaha pemulihan pasca COVID-19,” kata Datuk Seri Mahdzir.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply