Persenda sebutan Bahasa Inggeris seorang guru, DJ radio Hitz Sarawak digantung tugas

0

Penyampai radio Hits Sarawak digantung tugas selepas memuat naik video menggunakan aplikasi TikTok mentertawa secara biadab cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita.

Pengurus Besar Astro Radio East Malaysia, Hafiz Nizamuddin, berkata pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku selain memohon maaf atas perilaku “buruk” DJ terbabit.

“Kami memohon maaf atas sikap buruk seorang daripada penyampai radio kami berhubung video yang menjadi tular baru-baru ini.

“Kami akan melancarkan siasatan dalaman berhubung isu berbangkit.

“Pada masa sama, penyampai radio terbabit akan digantung tugas,” katanya dalam satu kenyataan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply