Persembahan memukau JLo, Lady Gaga di Majlis Angkat Sumpah Presiden AS

0

Penghibur terkenal antarabangsa, Lady Gaga dan Jennifer Lopez diberi penghormatan melakukan persembahan di Majlis Angkat Sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris di West Front Bangunan Capitol AS, Washington, D.C.

Kedua-dua penyanyi tersohor dunia ini menyampaikan lagu Kebangsaan diikuti lagu-lagu patriotik ketika hari bersejarah itu berlangsung.

Lady Gaga yang memulakan nyanyian dengan persembahan lagu Kebangsaan mengenakan pakaian mewah lengkap dengan jaket berwarna biru laut dan pin merpati besar di dadanya meletakkan tangannya di dada dan tersenyum sambil berdiri di Front Barat Capitol AS.

JLo menyanyikan lagu ‘This Land is Your Land’ pada majlis terbabit kemudiannya menyanyikan sebahagian lagu popularnya, Let’s Get Loud.

Ratu Pop Latin dan R&B itu turut menulis ikrar kesetiaan dalam bahasa Sepanyol di laman Instagramnya yang bermaksud “Satu bangsa di bawah Tuhan, tidak dapat dipisahkan, dengan kebebasan dan keadilan untuk semua,” kongsinya.

Menerusi perkongsian laman Instagram, Lady Gaga berkongsi kata-kata,” Saya berdoa esok akan menjadi hari damai bagi semua rakyat Amerika. Hari untuk cinta, bukan kebencian. Hari untuk penerimaan bukan rasa takut. Hari untuk mengimpikan kegembiraan masa depan kita sebagai sebuah negara. Mimpi yang tidak ganas,
impian yang memberikan keselamatan untuk jiwa kita,” tulis penyanyi Pop Dance yang kini menginjak usia 35 tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply