Perniagaan madu berjaya, Shuib Sepahtu terima anugerah Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry

0

Shuib Sepahtu bukan sahaja dikenali sebagai pelawak dan pelakon, malah umum mengetahui Shuib mempunyai empayar perniagaan sendiri.

Shuib telah mengusahakan perniagaan madu yang diberi nama Bee Factory, sejak tujuh tahun lalu dan kini Bee Factory semakin mendapat sambutan ramai.

Atas usaha keras Shuib bersama isterinya Siti Sarah, kini pasangan ini mampu tersenyum puas dengan pendapatan bulanan yang cukup lumayan.

Baru-baru ini, Shuib telah terpilih untuk menerima anugerah Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry di majlis Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang telah berlangsung di Putrajaya.

Majlis prestij itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti lain yang turut menerima anugerah masing-masing mengikut kategori berbeza.

Antara barisan selebriti yang hadir termasuklah Datuk Yusof Haslam, Datuk Alha Alfa, Datuk Hans Isaac, Datuk Ramli MS, Zara Zya dan Erra Fazira.

Tahniah Shuib Sepahtu dan para selebriti di atas penganugerahan yang diterima.

Leave a Reply