Dato’ Fazley buat kejutan istimewa untuk peminatnya

0

Perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan terus ke rumah semakin diperlukan
dan menjadi pilihan terutamanya penduduk di kawasan bandar juga bagi mereka yang sibuk bekerja serta tidak mempunyai waktu untuk keluar membeli makanan.

‘GrabFood’ antara salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di kalangan pengguna.

Menerusi perkongsian penyanyi dan chef selebriti yang juga pemilik Sukasucre Bistro, Dato Fazley Yaakob pernah menceritakan pengalaman menggunakan khidmat pesanan dan penghantaran makanan ke rumah dan berjumpa dengan seorang kakitangan ‘GrabFood Rider’ yang jujur ketika bekerja.

Perkongsian itu pernah menjadi viral di media sosial apabila kakitangan GrabFood yang menghantar makanan ke rumah, menyatakan hasrat ingin bergambar dengannya namun kerana mematuhi etika kerja yang ditetapkan, maka pemuda berkenaan terpaksa melupakan niatnya itu.

Walau ia sudah berlalu, Dato’ Fazley tidak melupakan hasrat pemuda terbabit dan mengambil inisiatif menghubungi pengurusan Grabmy dan Grabfoodmy untuk menemui pemuda itu.

Sebagai menghargai peminatnya, dia bersama kakitangan kafe, Sukasucre Bistro telah menyiapkan sebiji kek sempena hari jadi pemuda berkenaan.

“Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat buatnya. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_”, tulis Dato’ Fazley.

View this post on Instagram

Korang masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral Grabfood rider ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja. Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu. Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_ Kepada semua rider, terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan. #grabfood #dfyforgrabfood

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Di samping itu, pelantun lagu popular Asmara Ini turut berterima kasih kepada kesemua pemandu atau penunggang motosikal yang berkhidmat dengan GrabFood di atas perkhidmatan terbaik bagi memastikan setiap pelanggan mendapat makanan yang di pesan.

Di ruangan komen pula, para pengikut dan peminat memberi kata-kata positif dan kagum dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri dan sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada umum.

Leave a Reply