Permohonan UPUOnline dibuka mulai 24 Februari

0

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam Sesi Akademik 2020/2021 akan dibuka pada 24 Februari ini mulai jam 12.00 tengah hari.

Bagi pelajar Lepasan SPM sistem UPUOnline akan ditutup 31 Mac 2020 jam 11.59 malam, manakala bagi Lepasan STPM/Setaraf juga ditutup pada tengah malam bertarikh 7 April 2020.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membuat pembelian Nombor Unit ID terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional yang dibuka mulai 24 Februari dan akan ditutup pada 30 Mac bagi Lepasan SPM dan 6 April bagi Lepasan STPM/Setaraf.

Dimaklumkan, pemohon bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM atau STPM diumumkan.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi ditalian 0388708200 atau e-melkan pertanyaan kepada upu@moe.gov.my.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply