Permohonan UPU online dilanjutkan

0

Permohonan kemasukan ke UPU online bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ataupun setaraf dengannya dilanjutkan.

Permohonan UPU online kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Kolej Komuniti, Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan dilanjutkan kepada tarikh 17 April.

Calon dikehendaki membeli nombor UNIK di BSN berdekatan sebelum tarikh tutup pada 16 April.

Keputusan permohonan calon SPM bagi kemasukan ke mana-mana pengajian yang telah dimohon akan diumumkan pada 3 Jun.

Manakala, keputusan permohonan calon STPM dan setaraf dengannya bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA dijangka pengumuman akan dibuat pada 18 Ogos.

[KENYATAAN MEDIA] TEMPOH PERMOHONAN UPU ONLINE BAGI CALON LEPASAN SPM DAN STPM/SETARAF DILANJUTKAN KEPADA 17 APRIL 2020 #stayathome #stayincampus #KitaJagaKita

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Jumat, 03 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply