Permintaan seorang bapa ingin memakai jubah graduasi anaknya, raih jutaan tontonan di laman Twitter

0

Musim majlis graduasi masih belum berakhir dan pelbagai reaksi serta telatah graduan bersama para ibu bapa mewarnai sepanjang majlis berlangsung.

Banyak paparan penuh emosi, kejayaan luar biasa yang boleh dijadikan inspirasi, kejadian mencuit hati dan pelbagai gelagat semasa dan usai majlis menerima sijil berakhir, yang dapat kita lihat dan baca di media sosial.

 

Begitu juga dengan perkongsian pemilik akaun Twitter Aiman Hamizan yang menulis “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai”.

Permintaan seorang bapa untuk memakai jubah graduasi anaknya sudah tentu bisa menyentuh hati dan perasaan si anak mahupun sesiapa yang mendengarnya.

Aiman telah memuat naik video berdurasi 0.07 saat yang memaparkan bapanya memakai jubah graduasi dan memegang dua jambak bunga dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Aiman sempat mengusik bapanya dengan berkata “happy abah, happy” dan kedengaran suara dari ahli keluarga yang mengucapkan “yay, congrats abah!”.

Di ruangan komen, pelayar twitter juga berkongsi gambar dan momen-momen indah bersama keluarga yang turut bereaksi meminta ingin mencuba memakai jubah graduasi.

Malah ada yang berkongsi cerita dan pengalaman sedih di majlis graduasi masing-masing.

Perkongsian video berkenaan telah menarik perhatian 1.2 juta penonton, 134,000 tanda suka dan telah diulang kicau sebanyak 82,000 setakat ini.

Pengorbanan ibu dan bapa tiada tolok bandingnya. Walau setinggi mana pun kejayaan kita, hargailah mereka selayaknya.

Leave a Reply