Perlukan bukti fizikal jika mahu buka semula kes cabul terhadap Yusoff Rawther

0

KUALA LUMPUR – Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther dibuat berdasarkan penemuan dan kesimpulan Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun pihaknya akan membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan Yusoff Rawther itu jika ada bukti baharu.

Tegasnya, tiada sebarang perkara yang mencurigakan berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara yang memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar.

“Ia berlaku sudah lama kira-kira satu, dua tahun lalu. Anda tahu, ia sukar. Kalau ada bukti baharu, barulah kita boleh buka semula kes berkenaan.

“Kita perlukan bukti fizikal. Itu sebabnya (Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa) berdasarkan penemuan dan kesimpulan kita.

Semalam Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faisah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan diterima daripada polis, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material untuk membuat pendakwaan.

–THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply