Perlu atau tidak basuh telur sebelum disimpan?

0

Para pengguna dinasihatkan memberi perhatian khusus penjagaan telur sebelum dan semasa menggunakan sumber protein terbabit.

Memetik perkongsian dari laman Facebook BKKM JKN Perak, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berkenaan persoalan adakah telur perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan.

Secara semulajadi, telur memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur.

Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari dan kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran.

Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang.

Selain dari itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur.

Inilah antara sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella.

Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan dan kuman ini sekaligus akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi.

Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.

PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN? Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan…

Dikirim oleh Bkkm Jkn Perak pada Kamis, 28 Mei 2020

Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia maka telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi.

Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya.

Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam karton dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu dibasuh namun langkah berhati-hati harus diambil dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.

Walaubagaimanapun setiap telur yang mahu digunakan haruslah dibasuh sebelum dimasak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply