Perkongsian video bapa Mohd Hafizuddin Hazrul tiba di Rabat, Maghribi undang sebak netizen

0

“Tengok ni din. Semua peluk & cium dahi ayah kau. MashaAllah tabarakallah ☺✨” tulis pemilik akaun Twitter Nraishahr_.

Perkongsian video yang berdurasi 0.45 saat, memaparkan seorang lelaki dikelilingi oleh orang ramai, bersalam dan mencium dahinya.

Entri berkenaan mengundang perasaan sedih di kalangan warga Twitter.

Bercerita lanjut, lelaki di dalam rakaman video berkenaan adalah bapa kepada arwah Mohd Hafizuddin yang ceritanya telah tular baru-baru ini di platfom media sosial.

Mohd Hafizuddin Hazrul penuntut tahun pertama Pengajian Islam di Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi, menghidap penyakit Leukimia dan bertarung nyawa Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd, Maghribi selama tiga minggu dan disahkan meninggal dunia jam 10.50 malam (waktu Malaysia) pada 23 November lalu.

Jenazah arwah Mohd Hafizuddin telah dikebumikan di Maghribi.

Di ruangan komen, ada juga yang bertanyakan kepada tuan empunya akaun, mengapa mereka mencium dahi bapa Hafizuddin dan adakah disebabkan budaya atau kerana arwah seorang yang disegani.

Pemilik akaun Twitter terbabit telah menjawab soalan dengan meninggalkan satu paparan screenshot jawapan mengenai soalan yang ditanya ramai.

Entri tersebut kini telah mendapat 83,300 jumlah tontonan, lebih 3000 diulang kicau dan juga hampir 6000 perkongsian setakat ini.

Leave a Reply