Perkongsian status dan video di WhatsApp mula boleh dikongsi secara terus ke laman Facebook

0

Dunia di hujung jari, kini teknologi merentasi zaman.

Trend integrasi teknologi WhatsApp digunakan secara maksimum di seluruh dunia.

Berita baik kepada pengguna aplikasi WhatsApp apabila rangkaian berkenaan meluaskan lagi ruangan teknologinya yang membolehkan status dan video (rangkaian WhatsApp) di kongsi secara terus ke laman media sosial Facebook.

Dengan pembaharuan ini, ia memudahkan semua pengguna rangkaian aplikasi terbabit untuk bekongsi secara terus ke Facebook dengan pantas dan tidak perlu lagi memuatnaik status satu persatu di laman sosial media berkenaan.

Apa lagi, kepada pengguna rangkaian aplikasi WhatsApp boleh la mengemaskini perkhidmatan terbaru berkenaan di Play Store dan App Store masing-masing.

Namun diingatkan, biarlah perkhidmatan dan kecanggihan teknologi ini digunakan sebaik mungkin dan membawa kebaikan kepada semua.

Jadilah pengguna yang bijak!

Leave a Reply