Wartawan MStar disamun cara sihir, para wanita disaran berjaga-jaga dengan taktik jahat perompak

0

Di era globalisasi jika bercakap tentang santau, pukau, sihir pastinya ramai yang tidak percaya selagi belum mengalaminya dan terkena pada diri sendiri.

Demikian mengikut perkongsian di laman Facebook milik Fatien Abdul yang berkhidmat sebagai seorang guru dan juga wartawan Portal MStar.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2521098671504405&id=100008128897070

Menurutnya, dia dan rakan serumah terkena pukau dan menceritakan detik awal kejadian, Fatien turut memuatnaik beberapa gambar kejadian di entri facebooknya.

Tambahnya, kejadian yang berlaku pada malam Jumaat, kira-kira jam 10 malam, rakan serumahnya keluar untuk menyidai pakaian dan membiarkan pintu rumah mereka terbuka, manakala seorang lagi rakan serumahnya keluar dengan membawa laptop untuk membuat kerjanya.

Namun tidak sampai dua minit rakannya menutup laptop dan masuk ke dalam rumah.

Lantas dia bertanya kepada rakannya adakah kerjanya sudah siap? Namun rakannya hanya menjawab, tak jadilah. Mengantuk!”.

Jawapan rakannya itu membuatnya berasa pelik namun dibiarkan sahaja kerana dia turut merasai perkara yang sama.

Tidak lama kemudian mereka semua tertidur dan tidak mengetahui apa yang terjadi.

Apabila mereka terjaga dari tidur, rakan serumah bertanya kepada Fatien dimana telefon bimbitnya dan ketika itu barulah mereka tersedar yang kesemua barangan berharga mereka telah hilang.

Rakan serumah, Iman memberitahunya pintu rumah mereka terbuka dan tidak berkunci serta kelihatan mangga pintu rumah berselerak.

Terdapat juga kesan umpilan pada pintu rumah mereka.

“Benda first ktorg buat, call 999. (Rumet Ada 2 phone n that guy ambik 1.. maybe lagi 1 dia tak nmpk..Alhamdulillah) then, ktorg call minta smbungkan ke balai terdekat, tak smpai 30 minit polis dtg. Masuk je rumah dia tnya, ‘semua tak sedar? Sah. Ni kerja Ind*n! Kamu semua kena pukau’ Allah, luruh jantung Rasa.” tulisnya.

Kemudian mereka segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kecurian dan seterusnya ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk berjumpa pegawai penyiasat serta memberi keterangan lanjut.

Pegawai yang bertugas meminta mereka pulang ke rumah dan menasihati supaya tidak memegang atau menyentuh barang-barang di dalam rumah kerana pihak polis mahu mengambil cap jari dan gambar keadaan rumah mereka.

Menurut Fatien lagi, salah seorang rakan serumahnya meminta bapanya datang untuk “cuci rumah” dan menurut bapa rakannya itu, di setiap bilik, katil, pintu bilik serta pintu rumah mereka telah dicalit minyak dagu.

Menurutnya, minyak dagu bukan sahaja digunakan untuk menyemai perasaan kasih sayang bahkan sesiapa yang ditujukan sihirnya pasti akan menjadi bodoh serta hilang kewarasan.

Menurut bapa kawannya, ia didakwa dihantar melalui angin.

“Ayah roommate cakap dia pukau melalui angin.. Dan sebenarnya dia dah try lama… Kebetulan Malam tu Malam Jumaat, jadi ilmu dia menjadi!” tulis Fatien lagi.

Fatien juga sempat menitipkan pesanan supaya para wanita menjaga diri sebaik mungkin.

Leave a Reply