Perkongsian melucukan ragam Aidilfitri PKP

0

Sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan amat berbeza pada kali ini dan warga Malaysia diseru menjalani norma baharu dalam kehidupan seharian dengan SOP tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan pihak berwajib.

Dalam tempoh juang melawan wabak pandemik ini, ketibaan Syawal perlu diraikan walau amat berbeza aktiviti rutin sambutan hari raya pada tahun ini.

Mungkin ada yang sedang bersedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung malah aktiviti ziarah menziarahi pula tidak dibenarkan.

Pelbagai ranjau dan duri dilalui sepanjang tempoh PKP, namun hidup perlu diteruskan seperti biasa. Redha sajalah ya.

Bagi mengurangkan rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung, kami kongsikan gelagat dan ragam sambutan Aidilfitri tahun ini.

Memetik perkongsian Alif Iskandar yang memaparkan Hafiz Mahamad melakonkan kembali suasana ketika menyambut hari raya Aidilfitri dalam suasana norma baharu.

Yang lebih melucukan, sempat ya gantikan kuih raya dengan bungkusan paket mi segera. Ada-ada sahaja akalannya ya Hafiz!

Anda di rumah jangan pula buat macam ni ya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Jangan sedih-sedih ya!

Ikhlas dari kami, team portal The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply