Perkongsian berhadapan situasi bahaya ditempat awam, penjenayah semakin berani melakukan jenayah secara terbuka

0

Malang tidak berbau.

Begitu juga dengan jenayah yang boleh berlaku di mana sahaja tambahan jika ada ruang dan peluang terutama apabila berseorangan serta jauh dari kelompok yang ramai.

Perkongsian pemilik akaun Facebook, Sarah Samat yang berkongsi detik cemas berhadapan situasi bahaya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157861020833854&id=544783853

“Ya allah Ya allah Ya allah… Rasa berdebar, menggigil tak abis lg dari tadi.. alhamdulillah allah masih pelihara aku & anak2.. Kejadian baru je jadi tadi, dlm pukul 8-8.30pm. Kitaorg 1 family nk keluar g jusco, nak beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar, nk keluarkan duit. Silap aku jgk tak terus lock pintu masa dia keluar 🤦🏼‍♀” tulis nya.

Menurut Sarah, sebaik sahaja suaminya masuk ke dalam bank, tiba-tiba muncul seorang lelaki menunggang motosikal berjenama Honda berwarna putih telah berhenti di sebelah keretanya, lalu membuka pintu di bahagian hadapan kereta.

“Aku yg duduk 2nd row secara spontan menjerit “hoii nak apa”!!, Terkial2 aku nk buka seatbelt, terus jengah ke depan. Dia kata ada sepuluh ringgit tak, aku cakap takde2. Cepat2 terus tutup pintu & lock” ujarnya lagi.

Tambahnya, meskipun telah menyergah lelaki berkenaan namun dia tetap tidak berganjak dan masih berada berhampiran keretanya.

Sarah berkata mungkin lelaki itu menyedari anak perempuannya yang berada di dalam carseat di bahagian hadapan sedang memegang telefon bimbit.

“Dgn berani nya dia cuba buka pintu kali kedua 😠. Nasib pintu dh lock, aku dgn sepantas kilat tekan hon kuat & lama. Org tu dh gabra, kelam kabut cabut. Pastu husband pn keluar dari bank, tp tak tau cerita lg..” tulis beliau.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan jika lelaki terbabit mempunyai besi atau kayu yang boleh memecahkan cermin kenderaannya.

Dalam pada itu, Sarah turut menasihati warganet supaya sentiasa berhati hati memandangkan tahap keselamatan dan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Di ruangan komen, warganet bertindak ‘tagged’ pengalaman Sarah kepada ahli keluarga agar dijadikan panduan dan iktibar serta sentiasa berjaga-jaga walau dimana berada.

Leave a Reply