Peristiwa penting sepanjang bulan Rejab

0

Alhamdulillah, bulan Rejab datang lagi.

Rejab merupakan bulan ke 7 dalam kalendar takwim Hijrah.

Antara peristiwa yang berlalu dalam bulan Rejab ialah :

1. Isra’ Mikraj – Rasullullah SAW telah menerima kefarduan solat 5 waktu dari Allah Taala di Sidratul Mutaha.

2. Rasullullah telah didiisra’kan dari Masjidil Al Haram di Mekah Arab Saudi ke Masjid Al Aqsa di BaitulMuqaddis Palestine dengan menunggang buraq.

3. Pengikut sufi tarekat Chistiyah meraikan ulangtahun Khawaja Moinuddin Chishtiyah.

4. Sheikh Sultan Nazim ‘adil Al-Haqqani meninggal dunia.

5. Perang antara Panipat dan pengasasan Empayar Mughal.

6. Kelahiran  ‘Alī al-Asghar.

7. Kelahiran ‘Alī ibn Abī Tālib.

8. Sheikh Habib Ahmad Mashoor al Hadad Bin Taha meninggal dunia.

9. Kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar.

10. Israk dan Mikraj. Hari kelepasan am bagi sesetengah negara Islam.

11. Hussein ibn Ali memulakan perjalanan ke Karbala dari Madinah.

12. Khalifah Uthmaniyah dimansuhkan oleh Mustafa Kemal Atatürk.

13. Bilal ibn al-Harith dikatakan membawa serombongan 400 orang dari Bani Muzeenah berjumpa Nabi Muhammad . Mereka semua memeluk Islam.

14. Perang Tabuk berlaku pada Rejab 9 H (Oktober 630).

15. Perjanjian Aqabah kedua berlaku pada Rejab 12 H (September 633).

16. Jerusalem ditakluk Salahudin al-Ayubi pada bulan Rejab 583 H (September/Oktober 1187).

17. Hari Nakbah berlaku pada 6 Rejab 1367 H (15 Mei 1948).

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Antara amalan sunnah sepanjang Bulan Rejab ialah :

1) Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

2) Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.

3) Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.

4) Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah.

5) Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.

6) Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Antara AMALAN MALAM Rejab ialah:

1) Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2) Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3) Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih.

4) Berdoa.
-Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

5) Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Pada MALAM 27 REJAB :

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa.

Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.

Antara AMALAN BULAN REJAB ialah :

1) Bersolat

Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.

2) Bertaubat

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya; Diampunkan dosanya yang lalu. Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

3) Berzikir

Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar.

4) Tiga Tasbih

Setiap satu, 100 kali.

5) Tasbih

Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab.

6) Istighfar Tauhid

1 ~ 30 Rejab.

7) Berselawat

8) Beristighfar pagi dan petang.

9) Membaca surah Al-Ikhlas

Sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.

10) Membaca Al-Quran

11) Istighfar

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply