Perintah Kawalan Pergerakan : Tiada pemotongan bekalan elektrik

0
A smart meter being installed by a TNB worker in Melaka.

Berikutan penularan wabak COVID-19, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan bahawa tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata akan diberi pengecualian kepada rakyat untuk membayar bil elektrik lewat sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar yang dihadapi oleh rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 ini, saya ingin mengumumkan bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna yang lewat membayar elektrik bagi tempoh Perintah Kawalan Bergerak berkuatkuasa 18 Mac hingga 31 Mac 2020,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply