Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April – Perdana Menteri

0

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media berkata kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.

“Pelanjutan tempoh ini diumumkan lebih awal supaya warga Malaysia lebih bersedia dan memohon agar mereka yang berada di kampung tidak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana, anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi.

“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi dan jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” ujar beliau.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan tidak panik.

“Walaupun kami telah memperluaskan Perintah Pergerakan Pergerakan, anda tidak perlu menyimpan makanan secara tidak perlu kerana bekalannya mencukupi.

“Saya memberi jaminan bahawa makanan sudah cukup untuk semua orang dan tahu anda berasa dibebani tetapi saya tidak mempunyai pilihan.

“Saya perlu melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk keselamatan anda sendiri,” kata Perdana Menteri.

Beliau menyatakan tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Jika ada keperluan untuk dilanjutkan
lagi, beliau akan buat pengumuman mengenainya.

Paling utama beliau memohon supaya rakyat sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.

“Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

“Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi. Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam.

” Saya juga tahu bahawa dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan.

“Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini,” tambahnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply