Perintah berkurung kawasan perairan tujuh daerah di Sabah dilanjutkan sehingga 18 Ogos

0

Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan sehingga 18 Ogos.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Zaini Jass dalam satu kenyataan berkata perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada hari esok akan berkuatkuasa lagi selama dua minggu.

Menurutnya pelanjutan tempoh ini adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang cuba mengancam keselamatan penduduk.

“Sepanjang perintah pelanjutan ini penduduk di kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran diminta berada di dalam rumah masing-masing.

“Kebenaran memasuki kawasan perairan tersebut juga akan ditutup bermula jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi sepanjang tempoh perintah berkenaan,” ujar beliau.

Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 01 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply