Perintah berkurung di Daerah Hilir Perak tidak benar – Menteri Besar

0

Menteri Besar Perak, Dato’ Ahmad Faizal Azumu menafikan berita palsu yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan Perintah Berkurung (Lockdown) di Daerah Hilir Perak.

Memetik kenyataan media, beliau berkata segala kandungan mesej yang tersebar sejak semalam adalah tidak benar dan tiada arahan “lockdown” dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Sehubungan itu, rakyat dinasihatkan tidak panik dan mempercayai berita yang tidak sahih.

Beliau menyarankan agar masyarakat terlebih dahulu menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa.

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Sabtu, 28 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply