Perikatan Nasional sedang di uji di peringkat Negeri

0

Selepas Johor, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka turut tumbang semalam.

Ia selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU dan Barisan Nasional bergabung membentuk Kerajaan Melaka baharu.

Yang pasti selepas Melaka, Perak juga dikhabarkan bakal membentuk gabungan Kerajaan campuran bersama UMNO dan PAS.

Kelantan dan Terengganu juga diperingkat rundingan kuasa di mana BN, Bersatu bukan lagi pembangkang di negeri pantai timur itu.

Persoalan kini terarah kepada adakah masing-masing mampu kekal bertoleransi membuktikan kejujuran dan keikhlasan bersilaturrahim sebagaimana asas perjuangan kerjasama ini untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Gabungan baharu di Perak antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan PAS contohnya.

Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamad memetik laporan Berita Harian mendedahkan UMNO Perak telah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Perak baharu.

Persoalan kini bagaimana status Menteri Besar dibangkitkan di kala hubungan Istana dan Dato’ Seri Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang begitu harmoni?

Andai persetujuan bersama gagal dicapai adakah Perak bakal mengulangi krisis politik sepertimana pada 2008?

Bagaimana pula di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perlis, adakah Kerajaan baharu akan terbentuk setelah PAS dan UMNO kini secara rasmi membentuk Kerajaan Persekutuan?

MB Pahang sebelum ini secara terbuka mengesahkan bersedia memberi laluan kerjasama sejurus piagam Muafakat Nasional dicapai.

Keserasian dan kejujuran serta komitmen terhadap agenda nasional wajar didahulukan demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi sebagaimana menjadi asas perjuangan Perikatan Nasional ini.

Peristiwa perebutan Ghanimah semasa perang Uhud harus dijadikan pengajaran. Di khuatiri, jika ada perebutan kuasa, pangkat di kalangan parti komponen Perikatan Nasional, kerajaan yang baru dibentuk ini hanya sekadar jadi Kerajaan Interim sahaja. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply