Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu?

0

Kerajaan negeri campuran baharu dikhabarkan bakal dibentuk di Perak oleh UMNO, PAS dan PPBM dalam acuan sama seperti gabungan persekutuan baharu, kata pemimpin UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Memetik laporan media, Datuk Shaarani berkata, UMNO Perak dan PAS mengadakan mesyuarat berasingan hari ini dengan ketua PPBM Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Menteri Besar Perak.

Datuk Saarani yang merupakan ADUN Kota Tampan berkata pada dasarnya ketiga-tiga parti kini mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Difahamkan, UMNO mempunyai 25 kerusi, PAS (3), Bersatu (2) dan satu bebas Ahli Dewan Undangan Negeri menyokong mereka.

Selain itu kata Datuk Shaarani, akan ada lagi wakil rakyat lain yang akan meninggalkan parti mereka dan menjadi bebas.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengesahkan pergerakan itu untuk membentuk kerajaan negeri baharu tetapi enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal dalam satu temubual bersama media semalam mengesahkan Perak kekal di bawah BERSATU walaupun dengan kerjasama dengan UMNO dan PAS.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, Amanah, PKR dan PPBM memenangi 29 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dengan satu majoriti, manakala BN menang 27 dan PAS (3).

Bagaimanapun, PH membentuk kerajaan negeri selepas salah seorang anggota pembangkang menyertai PPBM dan yang lain menjadi bersekutu bebas dan memberi sokongan terhadap PPBM.

Pada Sabtu lalu, BN, PAS, PPBM dan GPS Sarawak bergabung sekaligus Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH tumbang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply