Pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran cetus impak negatif

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 971 daripada 6,894 kes positif COVID-19 di Malaysia merupakan kes yang mempunyai sejarah merentas negeri.

Beliau berkata sehingga 17 Mei, daripada 49 kluster yang dikenalpasti, 18 dari jumlah terbabit berkait dengan aktiviti rakyat yang merentas negeri untuk pulang ke kediaman dan kampung masing-masing.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 10 daripada kluster berkenaan adalah masih aktif dan keberangkalian jangkitan sangat tinggi.

Justeru KKM memandang serius akan peningkatan jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri sejak dan berhasrat pulang ke kampung untuk berhari raya.

Tindakan rakyat bergerak pulang tanpa kebenaran secara berpusu-pusu secara tidak langsung memberikan impak negatif terhadap graf positif COVID-19 dalam negara.

Jika perkara ini berterusan tidak mustahil ia mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau.

Sehubungan itu, rakyat harus berwaspada terutamanya semasa tempoh perayaan yang bakal tiba agar tidak berlakunya kluster baharu.

Jika anda mula merancang untuk pulang ke kampung dengan pelbagai helah, mohon hentikan rancangan tersebut ­čÖĆ­čĆ╝Kepulangan anda ke kampung halaman mungkin permulaan satu tragedi.

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Minggu, 17 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply