Pergelangan kaki kanan patah, Lee Kwang Soo direhatkan sementara

0

Agensi King Kong by Startship dalam satu kenyataan berkata, artist rakamannya, Lee Kwang Soo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 15 Februari lalu.

View this post on Instagram

Netflix 범인은바로너

A post shared by 이광수 (@masijacoke850714) on

Ketika kejadian, Lee Kwang Soo yang berada di dalam kereta dikhabarkan sedang menuju ke suatu tempat telah dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat lalu lintas.

Akibat kemalangan itu, pelakon dan juga bintang Running Man, Kwang Soo mengalami kecederaan patah di pergelangan kaki kanan.

Menurut sumber, Lee Kwang Soo atau cukup dikenali sebagai ‘Putera Asia’ ini akan menjalani pembedahan petang ini berikutan kecederaannya.

Susulan kemalangan yang menimpa, King Kong by Starship merehatkan sementara segala aktiviti kerjaya Lee Kwang Soo termasuk rakaman bersama program “Running Man”.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply