Perdana Menteri terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Charles Hay, di pejabatnya di Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, David Thomas.

Dikesempatan itu, Perdana Menteri turut bertanya perkembangan kesihatan Perdana Menteri United Kingdom, TYT Boris Johnson yang dirawat akibat COVID-19 dan mendoakan supaya beliau segera sembuh.

Selain membincangkan isu hubungan dua hala antara kedua-dua negara, TYT Charles Hay turut menyatakan sokongan atas usaha dan langkah yang diambil Malaysia dalam menangani COVID-19.

United Kingdom juga tertarik dengan tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menampakkan hasil positif dalam menangani penularan COVID-19.

Leave a Reply