Percutian keluarga di Bukit Merah Laketown Resort

0

Bukit Merah Lake Town Resort atau Bukit Merah Water Park merupakan taman tema air yang menggunakan keindahan alam semulajadi sebagai daya tarikannya.

Pusat rekreasi ini yang bertemakan taman tasik yang menarik dan indah terletak di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, dalam daerah Selama, Perak, menyediakan banyak permainan termasuk gondola, taman air dan Pulau Orang Utan.

Tasik Bukit Merah merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1906 di mana empangan yang dibina telah menenggelamkan sebahagian kawasan membentuk tasik air tawar dengan keluasan 40 kilometer persegi.

Keunikan yang terdapat disini adalah satu-satunya landasan keretapi merentasi tasik di Malaysia.

Selain itu ia juga turut menjadi habitat asal ikan Arowana yang popular sebagai ikan hiasan.

Taman tema air seluas 4.4 hektar, mempunyai 14 jenis permainan seperti gelongsor, kolam ombak, ‘Giant Wet Bubble’, ‘Lazy River’ dan ‘Giant Tube Slides’ serta taman air kanak-kanak ‘Kids Adventure River’ serta ‘Kids Perak Mining Pool’.

Pengunjung pasti terhibur dengan pertandingan boling kelapa, ‘hula hoop’, ‘limbo rock’, ‘telaga ping-pong’, ‘fear factor’, aktiviti menyelam, ‘chicken dance’ serta pertandingan mencari harta karun.

Destinasi pelancongan popular ini juga mempunyai beberapa pilihan penginapan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun sebagai lokasi bulan madu seperti di Kampung Air.

Pengunjung boleh menginap di hotel-hotel atau apartment menarik dengan harga yang berpatutan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply