Perbuatan tidak senonoh seorang pemuda cetus kemarahan ramai, kurang siuman atau gila seks??

0

Baru-baru ini perkongsian Daniel Mokhtar di laman Twitter miliknya dikecam warganet apabila video yang dikongsinya memaparkan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di hadapan sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita.

Menurutnya, video itu dirakam oleh bapanya.

Kejadian berlaku ketika penghuni lain sedang lena tidur namun dia dan ahli keluarganya dikejutkan dengan bunyi jeritan seorang wanita.

Pada mulanya dia hanya menyangka mungkin pergaduhan suami dan isteri namun sangkaannya meleset apabila suara jeritan itu semakin kuat.

Kemudian dia bersama bapa membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan melihat ada seorang lelaki berada di hadapan rumah wanita terbabit.

“Soo aku decided untuk kluar rumah.. ada pulak bangla tengah buat show depan pagar tu.. nak kata mabuk tak bau pulak air arak ke apa… nth laa apa masalah dia nak kata kena sampuk hummm ntah lee maybe ada masalh otak kot.. nasib baik perempuan tu kunci grail rumah dia kalau tak????“.

Kelihatan juga seorang pengawal keselamatan yang berada di situ, cuba berkomunikasi dengan wanita terbabit dari luar kerana perempuan itu menjerit ketakutan.

โ€œTahu tahu dia bukan duduk sini, aku kenal dia ni”, “Tahu bukan rumah dia, dia tak boleh masuk” ulang pengawal itu.

Pengawal keselamatan berkata, dia tidak mahu mengambil risiko berurusan dengan pihak polis kerana dia mengenali lelaki itu.

Tambahnya lagi, atas alasan mengenali lelaki terbabit dia memilih untuk tidak berkeras dan memukulnya.

“Soooo yang mana tngh duduk rumah sorang kee… tengahh duduk bujang kee apa kee please make sure korang kunci grill rumah korangg sebelum tidurr kee nak keluar kee apa2 jellaa!! Lagi2 perempuan yang duduk sorang2 please hati2 ye guyss..” tulisnya lagi.

Pada mulanya dia berasa agak marah pada bapanya kerana hanya merakam video perbuatan lelaki itu, namun rupanya ada kebaikan rakaman itu dibuat kerana selepas habis sahaja rakaman itu, pihak polis telah sampai di tempat kejadian dan polis mahukan bukti tentang perbuatan lelaki itu.

Di ruangan komen orang ramai mengecam sikap pengawal keselamatan itu.

Ada yang mempertikaikan kenapa pengawal keselamat terbabit tidak bertindak menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Namun, sebagai masyarakat lebih molek diserahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan.

Leave a Reply