Perancah besi projek LRT3 di Klang runtuh

0

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan lima mangsa terbabit dalam runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini hari ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, daripada lima mangsa yang juga pekerja asing warga Bangladesh, empat mangsa sudah diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dan runtuhan berkenaan.

“Kita menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi 2.58 petang.

“Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi dan pihak bomba masih dalam operasi mengeluarkan mangsa.

“Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c
/themalayapost

Leave a Reply