[VIDEO] Peralihan Kuasa : “Saya kena sabar” – Anwar Ibrahim

0

Putrajaya 22 Feb : Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian parti jelas dan tidak ada keraguan di mana komitmen parti adalah untuk memastikan Tun Dr. Mahathir dapat melakukan tugas dengan dokongan yang penuh.

Dan sementara itu kata Dato’ Seri Anwar, beliau kena sabar.

“Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan komitmen kita untuk memastikan Tun M dapat lakukan tugas dengan dokongan, dalam perbincangan saya sendiri cadang agar Tun diberi ruang tadbir bila ditetapkan masa sesuai. Sementara itu saya kena sabar”, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam ini.

Terdahulu Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menyerahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir untuk menentukan tarikh peralihan kuasa selepas APEC nanti.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyuddin Yassin, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply