Peralihan kuasa Perdana Menteri perlu diusul, dibahas dan diputuskan dalam Perhimpunan Agong Khas Bersatu

0

Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata mekanisme peralihan kuasa Perdana Menteri perlu diusul ke Perhimpunan Agong Khas Bersatu.

“Dari segi perjuangan parti dan tradisi politik, Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri adalah milik Bersatu.

“Dari landasan ini beliau menerajui Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya mentadbir negara melalui kabinet.

“Kerana itu, akauntabiliti politik yg paling utama adalah kepada Bersatu. Lepas itu, baru yg lain-lain,” tulisnya dalam perkongsian di laman Facebook miliknya.

Beliau yang juga ahli parti BERSATU sejak 16 Disember 2018 memberitahu apabila terdapat desakan kuat dan persisten supaya Bersatu menjadi parti pelbagai kaum oleh parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH), desakan terbabit telah diusulkan ke Perhimpunan Agong Bersatu.

“Usul terbabit akan dibahaskan dan seterusnya telah ditolak oleh seluruh perwakilan dlm Perhimpunan Agong terbabit.Maka kekallah Bersatu apa yg kita lihat sekarang!!!

“Dalam soal peralihan kuasa yang didesak oleh sebahagian komponen PH secara agresif dan keterlaluan, ‘precedent’ dan tradisi yg sama wajib diaplikasikan!!

“Soal peralihan kuasa bukan soal yg termaktub dalam mandat rakyat kpd Tun Mahathir dan ia juga tidak termasuk dlm janji-janji PH dlm manifesto pru,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika terdapat janji peribadi Tun Dr. Mahathir tentang peralihan kuasa ianya perlu diketahui dan diakui soal janji peribadi – lebih-lebih lagi dibuat secara santai, dan tidak boleh mengatasi soal kepentingan parti yang terlibat.

“Sebaliknya ia adalah soal hidup mati atau survival sesebuah parti dalam kancah politik negara !

“Oleh yg demikian, jika ada cadangan peralihan atau pemindahan kuasa oleh Tun M atau yang dipaksa ke atas Tun Mahathir, maka hendaklah ianya terlebih dulu dibawa dan diusulkan dalam satu Perhimpunan Agong Khas Bersatu, dibahaskan serta diputuskan oleh Perhimpunan Agong Khas ini.

“Hanya oleh perhimpunan khas ini saja satu-satu keputusan boleh dibuat berkaitan pemindahan kuasa oleh Penasihat Bersatu,” ujarnya.

Rahim juga mengingatkan desakan melampau atau sabotaj tidak akan dapat diterima dalam amalan demokrasi di negara ini. – THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply