Kerajaan Negeri Perak tetapkan lapan peraturan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

0

Hari keenam tempoh kawalan pergerakan berlangsung, kesedaran dan disiplin di kalangan warga Malaysia dilaporkan semakin   meningkat.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri mengumumkan, kira-kira 92 peratus peningkatan kesedaran di kalangan warga Malaysia pada setakat hari ini (hari keenam) penguatkuasaan kawalan pergerakan dilaksanakan dan beliau menyeru agar seluruh rakyat serius memberi komitmen ke atas arahan kerajaan bagi menjayakan langkah pencegahan serta usaha memutuskan jangkitan wabak COVID-19.

Jumlah terkini jangkitan dan kematian akibat wabak pandemik COVID-19 yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat semakin bertambah hampir setiap hari.

Melalui laporan rasmi KKM 23 Mac, jumlah kumulatif terkini secara khususnya di negeri Perak menunjukkan seramai 81 kes positif wabak pandemik terbabit.

Taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020 (Foto ihsan KKM)

Mengambil serius situasi semasa, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak (JKKN) hari ini.

Melalui perbincangan bersama ahli JKKN, mesyuarat khas kali kedua ini, Dato’ Seri Ahmad Faizal telah mengumumkan lapan peraturan baharu yang telah diputuskan, antaranya :

1)Bermula hari ini (23 Mac) semua premis menjual makanan di seluruh  Perak beroperasi bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam termasuk khidmat pandu lalu (drive-through)

2)Semua kedai serbaneka dan pam minyak di stesen-stesen minyak seluruh Negeri Perak beroperasi 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

3)Semua hypermarket, kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 eleven di seluruh Negeri Perak beroperasi bermula 7.00 pagi 7.00 malam.

4)Semua agensi diminta memberi kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bemcana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang telah digerakkkan.

5)Penglibatan agensi komunikasi di peringkat negeri akan dipergiatkan dan berfokus dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di Negeri Perak.

6)Hanya premis dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi sahaja boleh menjalankan operasi seperti biasa manakala yang lain perlu menutup operasi masing-masing.

7)Pihak yang bermurah hati ingin menyumbang kepada petugas-petugas dan anggota keselamatan yang terlibat boleh menyalurkannya melalui Pejabat-Pejabat Daerah atau di Balai-Balau Polis berhampiran.

8)Klinik-klinik swasta dan pusat farmasi – dikecualikan daripada arahan had waktu operasi di atas dan boleh beroperasi seperti biasa.

Kesemua arahan dan peraturan baharu yang telah diputuskan berkuatkuasa serta merta (23 Mac) sehingga penghujung bulan Mac depan (31 Mac) atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik oleh pihak kerajaan.

Dengan peraturan baharu ini, beliau menggesa semua agensi terlibat mengambil langkah dan tindakan penguatkuasaan tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua warga Perak.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap seluruh rakyat yang mematuhi arahan pihak berkuasa serta berdisiplin dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19 yang kini mencecah 1,518 kes dan meragut 14 nyawa dalam negara.

Foto ihsan KKM
Foto ihsan KKM
Foto ihsan KKM

Untuk rekod, Dato’ Seri Ahmad Faizal sebelum ini mengadakan perjumpaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak ataupun PPPKP sesi pertama pada tahun ini.

Mesyuarat PPPKP berkenaan memutuskan enam perkara utama yang akan diberi perhatian dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Link berita di bawah :

https://www.themalayapost.my/perak-fokus-enam-perkara-utama-dalam-pelaksanaan-perintah-kawalan-pergerakan/

Bataskan pergerakan, “stay at home”.

Semoga negara kita dilindungi🙏🏻

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply