Apa sudah jadi? Peragut semakin berani, orang ramai hanya tengok tanpa membantu cetus kemarahan netizen

0

Video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang bergelut dengan dua orang penyamun menjadi perhatian netizen.

https://m.facebook.com/Mr.Asfero/videos/514886575967935/?sfnsn=mo&vh=e

Kejadian samun itu dipercayai berlaku di sekitar kawasan Cheras.

Dalam video berkenaan kelihatan mangsa sedang terbaring di atas jalan cuba menyelamatkan begnya diragut.

Ketika kejadian mangsa menjerit meminta pertolongan namun orang awam yang berada di persekitaran itu hanya menyaksikan kejadian terbabit tanpa menghulurkan bantuan.

Netizen yang menonton video terbabit meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila melihat segelintir rakyat Malaysia bersikap tidak ambil peduli dengan situasi yang terjadi di depan mata.

Malahan netizen turut menghaburkan ketidakpuasan hati terhadap individu yang merakam kejadian samun terbabit kerana bersikap lebih mementingkan rakaman video daripada menghulurkan bantuan kepada mangsa ragut berkenaan.

Leave a Reply