Penyanyi Tajul Arif mengakui sudah dua tahun berkahwin dan bakal bergelar bapa

0

Akhirnya status sebenar penyanyi yang popular dengan single ‘Kembalilah Rindu’, Tajul Arif terjawab apabila penyanyi ini mengakui sudah berkahwin dengan seorang gadis bernama Nurul pada 10 Disember 2017.

Melalui Instastory @tajulofficial telah berkongsi gambar dan status sedang membeli belah barang keperluan dan kelengkapan bayi.


Ternyata perkongsian video itu mengesahkan secara rasmi statusnya dan akan bergelar bapa tidak lama lagi.

Isterinya, Nurul Syamieza Eddie kini sedang sarat mengandung 8 bulan.

Dikhabarkan isteri Tajul bakal bersalin pada November nanti.

Leave a Reply