Penyanyi Fara Hezel sudah bertunang sejak Julai dan rancang melangsungkan pernikahan Disember ini

0

Dalam diam, penyanyi yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan, Fara Hezel telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya.

Melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi yang berasal dari Kuala Kubu Bharu juga memuat naik satu posting mengenai status peribadinya.

Entri berbunyi “Engagement Day Tengku Kamal & Fara Hezel”

https://www.instagram.com/p/B3jbZJVHhPc/?igshid=f2pdaj6w334d

Rupanya dalam diam penyanyi yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pada 6 Julai 2019.

Tunangnya, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin merupakan seorang ahli perniagaan dari negeri pantai timur, Terengganu.

Fara berkata, usia perkenalan dia dan tunang menjangkau tiga tahun dan hubungan mereka mula serius sejak April lalu.

Dikhabarkan majlis pernikahan pasangan berkenaan akan berlangsung pada Disember akan datang.

Dalam pada itu, Fara kini sedang sibuk di lokasi penggambaran sebuah drama bertajuk ‘Cerita Hantu Asrama’ yang bakal ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Leave a Reply