Penyanyi Azharina selamat jalani pembedahan Lipoma

0

Penyanyi lagu “Elegi Sepi”, Azharina Azhar memuat naik video dan status memberitahu dia telah menjalani pembedahan membuang lipoma di bahagian dahi wajahnya.

Bercerita lanjut, penyanyi kelahiran Sabah ini turut memberitahu, ini adalah kali kedua pembedahan membuang ketumbuhan dilakukan sejak 18 tahun lalu. Namun benjolan itu mula tumbuh kembali pada tempat yang sama.

Untuk info, Lipoma adalah benjolan atau kentulan yang tumbuh di bawah kulit kerana penambahan sel lemak.  Benjolan ini akan berasa lembut jika disentuh dengan jari dan tidak berbahaya.

Lipoma biasanya tumbuh di bahagian bahu, dada, leher, paha dan ketiak. 

Dalam kes yang jarang berlaku, lipoma juga boleh tumbuh di tulang dan otot.

Tekstur benjolan lipoma terasa lembut dan boleh bergerak di bawah kulit apabila ditekan.  Lipoma biasanya tumbuh perlahan-lahan selama beberapa bulan atau tahun bersaiz 2-3 cm, tetapi juga boleh membesar sehingga dalam lebih 10 cm.

Tambahnya, tujuan perkongsian video berkenaan bertujuan memberi sokongan kepada sesiapa yang mengalami masalah ini dan tidak perlu takut atau segan kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan serta boleh dirawat.

Di ruangan komen, para peminatnya menulis agar pembedahan berkenaan dipermudahkan dan mendoakan Azharina segera sembuh.

Leave a Reply