Penyampai radio persenda sebutan bahasa Inggeris seorang guru letak jawatan

0

Penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf yang sebelum ini dikecam ramai tindakannya  mempersenda sebutan bahasa Inggeris seorang guru di aplikasi TikTok meletak jawatan berkuat kuasa semalam.

Perletakan jawatan DJ Yusuf disahkan pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi hantaran di laman Instagram.

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 22 Februari 2021,” tulisnya.

Video yang dimuat naik itu mengundang kecaman netizen sehingga dia akhirnya tampil membuat permohonan maaf di Instagram TV pada 20 Februari lalu.

Yusuf menerusi video permohonan maaf itu turut meminta bantuan secara terbuka supaya dia dapat dihubungkan dengan guru berkenaan bagi membolehkannya memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply