Penurunan kadar OPR percepat pemulihan ekonomi negara

0

Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus dengan kadar 1.75 peratus pada 7 Julai lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau berkata keputusan ini didorong oleh keadaan ekonomi global yang masih berada diawal tahap pemulihan dan berdasarkan jangkaan pelbagai agensi seperti World Bank dan International Monetary Fund, lebih 150 dari 195 negara di seluruh dunia dijangka merekodkan penguncupan ekonomi pada tahun 2020.

(Kenyataan Media | Press Statement) Penurunan Kadar Dasar Semalaman | Reduction of Overnight Policy Rate Kementerian Kewangan Malaysia

Posted by Tengku Zafrul on Tuesday, 7 July 2020

“Keputusan MPC untuk menurunkan kadar OPR tenyata bertujuan untuk mempercepatkan kadar pemulihan dan seterusnya merangsang ekonomi negara malah pihak kerajaan percaya bahawa keputusan ini, digabung dengan langkah-langkah proaktif yang diperkenalkan sejak bulan Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN PKS+, dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Pakej-pakej yang diberikan itu akan mampu merangsang ekonomi dengan mewujudkan pekerjaan, mengembalikan keyakinan pengguna dan pelabur, serta membendung kemungkinan penguncupan ekonomi yang mendadak,” ujar beliau.

Tambah beliau, sehingga 7 Julai pakej-pakej rangsangan yang keseluruhannya berjumlah RM295 bilion tersebut telah berjaya memanfaatkan sekitar 800,000 perniagaan dan menyelamatkan lebih kurang 2.6 juta pekerjaan.

“Tiga hingga enam bulan yang akan datang merupakan tempoh yang penting bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah PENJANA yang dijangka akan membuahkan hasil menjelang Suku Ketiga atau Suku Keempat 2020.

“Pemulihan ekonomi Malaysia juga tertakluk kepada usahasama semua pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, PKS, peniaga dan pengguna terutamanya bagi memastikan bahawa nyawa dan kehidupan rakyat dilindungi, serta ekonomi diperkukuh.

“Di samping itu, ekonomi Malaysia juga dijangka bertambah baik selari dengan pemulihan ekonomi dan perdagangan dunia yang dijangka pada tahun 2021,” katanya.

Menurutnya Malaysia juga telah membuktikan daya ketahanan dalam menangani pelbagai cabaran, termasuk krisis kewangan asia dan krisis kewangan global, berteraskan asas ekonomi yang kukuh, kerangka institusi yang baik serta pasaran modal , kewangan yang mantap, berdaya saing dan dikawalselia dengan baik.

Oleh itu pihak kerajaan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan agar ekosistem kewangan dan pelaburan Malaysia sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan di jangka masa pendek dan sederhana bagi terus menjamin kemampanan and ketahanan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply