Penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjuarai Kejohanan PUBG Mobile Campus Championship 2019

0

Kira-kira 16 pasukan berentap merebut gelaran juara e-sport di kejohanan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 yang berlangsung meriah dengan kehadiran ramai peserta dari serata negeri.

Kejohanan anjuran platform digital dan aplikasi Yoodo yang diadakan di ioi Mall Puchong mendapat sambutan hebat dan disertai oleh para penuntut universiti dalam negeri dan luar negara.

Malah kejohanan e-sport ini berjaya menarik minat ramai terutama golongan muda untuk turut serta menunjukkan bakat bermain ‘game online’ secara berkumpulan.

Persaingan sengit di antara setiap universiti akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pasukan DarkHorse iaitu penuntut dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) skaligus bergelar juara di kejohanan berkenaan.

Pasukan DarkHorse yang diwakili oleh lima orang ahli yang terdiri daripada, Mohamed Alif Najmi Ikmil Nazri, Danial Irfan Abd Halim, Muhammad Haziq Haikal Kamarudin, Ariz Mustaffar dan Wan Ashraf Idham Wan Abdullah, telah berjaya membawa pulang hadiah kejuaraan berupa wang tunai bernilai RM18,000 beserta trofi.

Selain itu, mereka juga menerima hadiah pelan data Yoodo, kredit Boost percuma selama setahun dan turut menerima jemputan penyertaan PMCC tahun 2020.

Leave a Reply