Penuntut IPT perlu kekal di tempat masing-masing

0

Sejajar pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan yang terlibat, kerajaan meminta semua penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta terus kekal berada di penempatan masing-masing.

Mengambil kira situasi virus berbahaya ketika ini, kerajaan menasihatkan agar para penuntut IPT yang tidak dapat pulang ke rumah supaya bersabar serta bersama-sama membantu negara dalam menangani wabak ini.

“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, banyak rayuan yang kita terima daripada pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang ingin pulang.

“Kita mendengar pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya maka kita memutuskan bahawa pelajar-pelajar di IPT atau universiti diminta terus kekal di IPT masing-masing,” ujar Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berbicara lanjut, Menteri Kanan Keselamatan berkata kebajikan dan keperluan asas seperti makan dan minum setiap penuntut akan terus ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply