Penuntut antarabangsa perlu daftar dengan EMGS sebelum masuk ke Malaysia

0

Penuntut antarabangsa perlu mendaftar dengan Education Malaysia Global Services sebelum diberikan kebenaran oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk masuk ke dalam negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata para penuntut ini perlu menjalani ujian PCR atau RTK Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Malaysia.

Kemasukan Semula Pelajar IPT ke Kampus Secara Berperingkat1. Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar dan menguji…

Posted by Dato' Dr. Noraini Ahmad on Wednesday, 8 July 2020

“Mereka juga menjalani ujian saringan kesihatan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk negara ini dan seterusnya menjalani kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan oleh IPT masing-masing.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan ini akan dikemaskini bergantung kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply