Penundaan sidang Dewan Rakyat bagi memberi persediaan kepada bakal menteri yang dilantik

0

Berikutan penundaan Takwim Parlimen bagi Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 pada 18 Mei, ia mengambil kira pelbagai faktor terutamanya pelantikan barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang belum dimuktamadkan

Penundaan itu juga bagi memberi masa yang munasabah untuk barisan kabinet memahami tugasan kementerian dan jabatan masing-masing.

Memetik kenyataan media, Jabatan Perdana Menteri berkata penundaan itu juga membolehkan menteri-menteri yang dilantik bersedia untuk menjawab soalan Waktu Pertanyaan Menteri (MAT): pertanyaan lisan; perbahasan pembentangan rang undang-undang,usul-usul apabila Parlimen bersidang dan memberi peluang kepada para Ahli Parlimen untuk mengemukakan pertanyaan jawab lisan juga bukan lisan serta usul-usul baharu agar releven dengan isu-isu semasa negara.

Selain itu, ia juga bagi memastikan urusan-urusan pentadbiran di Parlimen berjalan dengan lancar.

Penyediaan Takwim Parlimen bagi Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 dilaksanakan berdasarkan Peraturan Peraturan Majlis Mesyuarat yang berkaitan turut disahkan teratur oleh YB Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Institusi Parlimen hendaklah dihormati oleh segenap lapisan rakyat, termasuk oleh para Ahli Parlimen sendiri.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply