Pentadbiran tanah di Kampong Bharu dilaksanakan penuh PTGWPKL

0

Lembaga Pentadbiran Malaysia Agricultural Settlement (MAS) tidak lagi berkuasa di dalam urusan pentadbiran tanah, perancangan dan pengurusan perbandaran di Kampong Bharu.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Disember tahun lalu.

Sejajar dengan ini, Lembaga Pentadbiran MAS tidak lagi terlibat dalam pengurusan perbandaran termasuk pengeluaran permit penjajaan, kutipan bayaran, tempat letak kereta dan sewa ruang iklan.

Dalam satu kenyataan media Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, pihak berkenaan berkata kuasa di dalam urusan kawalan pembangunan termasuk mengeluarkan kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan, pelan kejuruteraan, permit kerja bangunan dan kerja tanah, penutupan jalan awam serta kebenaran menduduki bangunan dimansuhkan.

Fungsi pentadbiran tanah di Kampong Bharu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur (PTGWPKL).

Manakala, perkara yang berkaitan dengan perancangan dan pengurusan perbandaran Kampong Bharu akan diselia dibawah kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Walau bagaimanapun, Kementerian Wilayah Persekutuan mengalu-alukan penglibatan Lembaga Pentadbiran MAS untuk berperanan sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau syarikat perunding dalam membantu urusan penyelesaian harta pusaka dan tanah dalam kalangan penduduk di Kampong Bharu.

[KENYATAAN MEDIA] – STATUS LEMBAGA PENTADBIRAN MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (MAS) DI KAMPONG BHARUKementerian Wilayah PersekutuanDewan Bandaraya Kuala Lumpur#06Jun2020#Kampongbharu

Posted by Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu on Friday, 5 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply