Penjual maki hamun pembeli, bangkitkan isu perkauman!

0

Kebiasaannya kita sering dengar terdapat segelintir pelanggan bersikap kurang ajar apabila melibatkan urusan jual beli.

Tetapi berbeza pula kisah seorang wanita bernama Bella apabila dia berkongsi pengalamannya ketika berurusan dengan pihak penjual dalam talian Carousell.

Awalnya, dia menghubungi penjual itu melalui ‘chatting room’ untuk bertanyakan mengenai sebuah peti sejuk terpakai yang diiklankan di aplikasi Carousell.

Dia menyatakan minat untuk membeli dan ingin melihat terlebih dahulu keadaan peti ais berkenaan sebelum membuat sebarang bayaran.

Namun, respon yang diberikan sangat mengejutkan apabila penjual berkenaan membalas perbualan itu dengan ayat ‘kau ingat ni kedai ke? Nak datang tengok bagai?’

Malahan penjual itu semakin agresif dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Bella.

Susulan tu, Bella meluahkan rasa agak terkejut dan marah dengan sikap penjual yang memaki hamun secara tiba-tiba serta turut membangkitkan isu perkauman di dalam perbualan itu.

Apa sudah jadi? Di mana sikap toleransi dan hormati menghormati antara kita? Tepuk dada tanya minda adakah sikap sebegini yang ingin dipupuk ??

Leave a Reply