Penjelasan kenapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan masjid masih ditutup

0

Mengapa sektor ekonomi dibuka tetapi masjid ditutup? Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai isu ini.

Penjelasan daripada Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa dan Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff menyatakan sektor ekonomi dibuka kerana ianya melibatkan keperluan hidup manusia.

“Manusia tidak boleh hidup tanpa sumber kewangan.

“Perkara ini termasuk dibawah Kaedah Fiqh Al-Hajah Tunazzal Manzilat Al-Darurah,” ujar beliau.

Jelas beliau lagi, perhimpunan di rumah ibadah tidak melibatkan nyawa dan kelangsungan hidup tetapi lebih kepada syiar yang pastinya tidak terhapus walaupun di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun rumah ibadah ditutup oleh orang ramai namun masjid tetap digunakan untuk melaungkan azan di samping solat berjemaah dalam kumpulan yang kecil dan terhad mengikut arahan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa ya ke surau atau masjid tidak boleh tetapi pergi bekerja boleh? Ikuti…

Dikirim oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada Kamis, 07 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply