Penjana Kerjaya tawar lebih 7 ribu tawaran kerja

0

Karnival Penjana Kerjaya tawar lebih 7 ribu jawatan kosong kepada semua golongan khususnya rakyat yang diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19.

Lebih daripada 20 majikan pelbagai sektor yang menurut serta di bawah program Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menawarkan peluang pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri M. Saravanan turut hadir bagi merasmikan majlis pelancaran yang telah diadakan di Dewan Merdeka Tapah, Perak pagi tadi.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam membantu rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19 di samping mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Selain tawaran peluang pekerjaan terdapat juga beberapa aktiviti menarik seperti Klinik Resume, Kaunseling Kerjaya serta Taklimat #PenjanaGig yang diadakan hari ini,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Jamil Rakon dan YDP Majlis Daerah Tapah selaku Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia iaitu Tuan Shahrul Affendi.

Anggaran sebanyak 7,000 jawatan kosong ditawarkan lebih 20 majikan sempena Karnival PENJANAKERJAYA PERKESO di Dewan…

Dikirim oleh Kementerian Sumber Manusia pada Sabtu, 25 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply