Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media memutuskan untuk membuat penjadualan kali kedua takwim peperiksaan bagi tahun 2020.
Selaras peperiksaan SPM tahun 2020 ditunda kepada suku pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik peperiksaan tersebut.
Keputusan ini diambil bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.
Selain itu, ini termasuk bagi memperincikan penyusunan semula pemulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan dengan lancar.
KENYATAAN MEDIAPENJADUALAN SEMULA KALI KEDUA TAKWIM PEPERIKSAAN KENDALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 202028 JUN 2020
Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Sunday, 28 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.